Penipuan penjualan produk pemakanan kesihatan di pasaran Malaysia kian berleluasa tahun 2024 ini seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi AI. Turut menjadi mangsa penipuan ini adalah tokoh yang tidak asing lagi, Dr Noordin Darus (DND), pakar pemakanan dan pemilik syarikat DND World Sdn Bhd, pengeluar supplement kesihatan jenama DND yang dikenali ramai dimana video dan suara beliau telah dimanipulasi secara meluas oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan teknologi AI bertujuan untuk melariskan sebilangan produk tertentu yang dipasarkan mereka.
Risau suara dan gambar beliau dipergunakan sewenangnya tanpa kebenaran, Dr Noordin Darus akhirnya membuat laporan polis semalam. Beliau khuatir masyarakat akan terperdaya dan membeli produk produk yang tidak berkualiti serta tidak ada jaminan dari segi keselamatan gara gara wajah dan suara beliau dalam video yang diedit menggunakan teknologi AI itu.
Di bawah ini disenaraikan beberapa pautan bagi liputan yang telah dibuat pihak media berkenaan kenyataan media oleh YDH Dato' Sri Pengarah JSJK pada 23/12/2024 yang boleh menjadi rujukan orang ramai:
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/703683
https://www.instagram.com/sinarharian/p/DD7LnUbtWDM
https://thesun.my/malaysia-news/cops-warn-of-tiktok-scam-using-ai-to-mimic-medical-expert-CD13452624
https://www.bernama.com/misc/rss/news.php?id=2376480
https://www.hotfm.audio/polis-kesan-akaun-tiktok-guna-suara-video-pakar-perubatan-guna-ai/amp
https://m.malaysiakini.com/news/729740
https://buletin.my/artikel/177437
Turut dikongsikan adalah pautan bagi hantaran yang telah dimuat naik ke facebook JSJK.
https://www.facebook.com/share/p/17jYpT7ufC
Orang ramai yang ingin mendapatkan rangkaian makanan tambahan kesihatan jenama DND asli keluaran Dr Noordin Darus, bolehlah terus hubungi saya Pn Jee selaku DND Autorized Dealer atau mana mana agen sah syarikat DND World yang lain. Jangan sampai terbeli produk DND klon atau tiruan yang dijual oleh para scammer yang tidak bertanggungjawab.