PANDUAN BELI UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER DI FARMASI

Category
Artikel
Brand

Banyak ubat penghilang sakit yang dijual di farmasi atau "sinseh" boleh membantu memberikan kelegaan untuk pelbagai jenis sakit akut. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mentakrifkan sakit akut sebagai sakit yang berlarutan kurang daripada sebulan dan mempunyai punca yang diketahui seperti kecederaan, trauma, pembedahan atau jangkitan.

Sakit yang kronik iaitu sakit yang berlarutan selama tiga bulan atau lebih juga boleh dihilangkan dengan ubat tahan sakit yang boleh didapati di kedai ubat atau farmasi.

Terdapat dua jenis utama ubat penahan sakit di pasaran iaitu  Acetaminophen dan NSAID, ubat anti-radang bukan steroid. Kedua jenis ini bertindak secara berbeza pada tubuh.

Acetaminophen berfungsi menghalang mesej rasa sakit dianggota tubuh dari sampai ke otak. Maka pesakit tersebut tidak akan merasa sakit. Acetaminophen memberi kesan pelalian kepada yang mengambil nya.

NSAID pula seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen berfungsi dengan mengurangkan tahap bahan kimia yang terlibat dalam keradangan pada anggota tubuh.
 

ACETAMINOPHEN

Acetaminophen (Tylenol) sering digunakan untuk melegakan kesakitan ringan hingga sederhana. Ia amat berkesan untuk merawat gejala seperti sakit kepala dan mengurangkan demam.

Acetaminophen ini sangat selamat digunakan jika diambil dengan cara yang betul dan kurang menyebabkan kerengsaan perut berbanding NSAID. Wanita hamil boleh mengambil nya selain kanak-kanak dan bayi.

Acetaminophen boleh didapati dalam kebanyakan jenis ubat batuk dan selsema seperti NyQuil dan TheraFlu. Bagaimana pun jika mengambil terlalu banyak, acetaminophen boleh membahayakan tisu hati secara kekal.
 

NSAID

Aspirin

Aspirin (Bayer, Bufferin) adalah ubat penahan sakit tertua, digunakan untuk mengurangkan kesakitan, bengkak dan demam. Ia juga digunakan untuk membantu mencegah pembekuan darah.

Ia tidak disyorkan untuk semua orang dan harus sentiasa diambil seperti yang diarahkan. Aspirin boleh menyebabkan kesan sampingan, termasuk loya, muntah, sakit perut dan pedih ulu hati. Pakar perubatan kini lebih mengesyorkan ubat penahan sakit lain yang lebih berkesan.

Aspirin bagaimana pun paling sesuai untuk penghidap penyakit jantung. Ia digunakan secara meluas untuk membantu mencegah dan menguruskan penyakit jantung dan strok pada orang yang berisiko tinggi.

Ibuprofen

Ibuprofen (Advil, Motrin) pula boleh digunakan untuk merawat kesakitan dan keradangan serta mengurangkan demam. Ia mungkin lebih berkesan untuk beberapa gejala atau keadaan, bergantung pada jenis kesakitan.

Ibuprofen kurang merengsa perut berbanding aspirin dan mempunyai kurang kesan penipisan darah. Namun amat penting untuk diperhatikan bahawa terdapat beberapa risiko dimana  ibuprofen boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang jika tidak digunakan dengan betul.

Naproxen

Naproxen (Aleve) adalah ubat penahan sakit anti-radang yang paling kuat yang boleh didapati tanpa preskripsi. Ia amat berkesan untuk masalah terseliuh, kesan terbakar sinar matahari, gejala arthritis dan beberapa masalah lain.

Dos Naproxen yang sama mampu bertahan lebih lama daripada ubat penahan sakit lain. Ia boleh bertahan lapan hingga 12 jam berbanding empat hingga lapan jam kesan ubat lain.

Naproxen tidak sesuai untuk orang yang berumur lebih dari 65 tahun. Golongan umur ini, jika mengambil Naproxen, berkemungkinan akan mendapat kesan sampingan seperti ulser dan pendarahan anggota dalaman.

Kebanyakan ubat tahan sakit sintetik berasaskan kimia mempunyai kesan memudaratkan jika cara pengambilannya tidak di urus secara betul. Alternatif lain adalah dengan mencuba penawar alami atau natural seperti DND Suprez misalnya, yang tidak saja menghilangkan simptom sakit malah merawat keradangan tersebut tanpa kesan mudarat.

*Elak selalu amalkan ubat tahan sakit kerana ia boleh sebabkan mudarat besar



PANDUAN BELI UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER DI FARMASI-https://myempiremall.com/img/Whats-App-1.gif


Web : https://websaya.biz/cybermom
Iklan dihantar oleh : Cybermom ([email protected])
No Tel : 601117682310 (Jee)






Lain Lain Iklan Kategori yang sama
Artikel

Pocket Money For Nigerian Students in Malaysian Un

USD 40.00
Baca Lagi

BAHAYA MORINGA|LIMA SEKELUARGA KERACUNAN SAYUR DAU

RM 0.00
Baca Lagi

PANDUAN BELI UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER DI FAR

RM 0.00
Baca Lagi

TUKAR DUIT E-MADANI KEPADA TUNAI

RM 0.00
Baca Lagi

BAHAYA GOUT KEPADA KESIHATAN BUAH PINGGANG|PUNCA K

RM 0.00
Baca Lagi

KAEDAH MODEN RAWATAN SAKIT LUTUT DAN PENAWAR ALTER

RM 0.00
Baca Lagi

Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos M

RM 0.00
Baca Lagi

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023|BAN

RM 2500.00
Baca Lagi

BAHAYA SACHA INCHI OIL. BACA INI DULU SEBELUM AMBI

RM 0.00
Baca Lagi


Lain Lain Iklan Dari Kedai yang sama



Dijemput Singgah ke Kedai saya untuk melihat pelbagai produk hebat lain

RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DA-https://myempiremall.com/img/my-store.jpg
KLIK DIBAWAH KE KEDAI
Jee
RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DA-https://myempiremall.com/img/bagus.gif

PLATFORM INI SANGAT MEMBANTU SEBARKAN BISNES/PRODUK ANDA

Klik Dibawah daftar

iklan percuma daftar

×
Select Category

PRODUK(0)

BABIES(0)

KESIHATAN(74)

PERNIAGAAN RUNCIT(1)

FESYEN WANITA(0)

KECANTIKAN(9)

FESYEN LELAKI(0)

MINYAK WANGI(7)

PENDIDIKAN(8)

DERMA DAN INFAK(0)

TUDUNG(0)

ARTIKEL(9)

PEMBORONG(2)

PRODUK DIGITAL(27)

MAKANAN(8)

PERNIAGAAN(35)

KENDERAAN(4)

ELEKTRONIK(1)

SUKAN/HOBI(2)

PERCUTIAN & PELANCONGAN(1)

RUMAH & BARANG PERIBADI(4)

PEKERJAAN(0)

SERVIS(8)

HARTA BENDA(1)

LAIN-LAIN KEPERLUAN(12)


Select Negeri

SELANGOR(29)

PAHANG(8)

KELANTAN(20)

PERAK(23)

NEGERI SEMBILAN(10)

KEDAH(8)

TERENGGANU(8)

SABAH(0)

SARAWAK(0)

JOHOR(5)

MELAKA(39)

PENANG(2)

PERLIS(2)

KUALA LUMPUR(9)

PUTRAJAYA(7)

LABUAN(0)

MALAYSIA(59)

INDONESIA(2)

SINGAPORE(0)

BRUNEI(0)