Gout adalah sejenis arthritis yang paling teruk. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang berlaku secara semula jadi di dalam badan. Asid urik menghablur dan mendap di dalam sendi. Satu hablur yang tajam boleh menyebabkan serangan sakit secara mendadak, berlaku bengkakan kemerahan dan rasa pedih pada satu atau lebih sendi. Gout juga cenderung merosakkan buah pinggang dan membawa kepada penyakit buah pinggang dan CKD.
Gejala gout biasanya datang secara tiba-tiba dan paling kerap pada waktu malam. Gejala ini termasuk:
SakitSendiYangTeruk Walaupun gout boleh menjejaskan mana-mana sendi, ia biasanya berlaku pada ibu jari kaki, buku lali, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari.
KeradanganDanKemerahan Apabila kristal mendap di sendi, sendi itu menjadi merah, bengkak, dan lembut.
Julat Pergerakan Terbatas Apabila kristal terbentuk di sekeliling sendi anda, anda mungkin tidak dapat menggerakkan sendi anda dengan betul, atau mereka mungkin berasa kaku
ApakahHubunganAntaraGoutDanPenyakitBuahPinggang?
Penyakit buah pinggang boleh membawa kepada tahap asid urik yang tinggi dalam darah anda. Jadi ia biasanya dikaitkan dengan gout. Apabila menghidap penyakit buah pinggang, buah pinggang anda tidak dapat menapis dengan betul bahan buangan termasuklah asid urik daripada darah anda. Ini membolehkan asid urik terkumpul yang boleh menyebabkan serangan gout.
Gout boleh menjadi tanda amaran untuk CKD atau mungkin bermakna anda berisiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang. Maka jangan ambil mudah hal ini jika anda adalah pengidap gout.
Merawat dan mencegah gout adalah penting untuk melindungi kesihatan anda secara keseluruhan dan memastikan anda berada dalam situasi terbaik. Jika anda mempunyai simptom gout, berbincang dengan doktor anda. Ia mungkin tanda amaran CKD.
Note:
CKD adalah keadaan di mana buah pinggang telah rosak dan tidak lagi dapat menapis bahan buangan dalam darah dengan baik seperti yang sepatutnya. Disebabkan ini, cecair berlebihan dan sisa daripada darah akan kekal dan mengumpul di dalam badan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung dan strok