Dalam dunia Digital Marketing, Landing Page dibuat khusus untuk campaign marketing atau iklan.
Dimana landing page menjadi tempat pengunjung untuk mendarat di dalam web setelah mereka mengklik pautan dalam emel, atau iklan dari Google, Youtube, Facebook, Instagram atau tempat serupa.
Landing Page merupakan halaman pertama yang dibuka oleh user dengan mengklik sesuatu pautan terlebih dahulu. Namun di dalam dunia digital marketing, landing page merujuk kepada sebuah laman khusus (one page) yang terpisah dari bahagian lain website.
Landing page biasanya akan mempunyai target audience atau sasaran pelawat yang spesisfik dan bukan dibuat untuk menjual banyak jenis produk. Lazimnya, sebuah landing page hanya mempunyai 1 halaman sahaja (one page) kerana ia direka bentuk untuk fokus kepada 1 produk yang spesifik sahaja.
Sebagai contoh, landing page yang menawarkan E-Book Percuma mengenai Tips & Trick Menjadi Dropship Tudung. Untuk mendapatkan E-Book ini, pengunjung yang masuk ke dalam landing page tersebut perlu memberi maklumat seperti nama, emel & nombor telefon melalui Opt-In Form di landing page tersebut.
Kemudian pengunjung tersebut akan menerima E-Book Percuma itu melalui emel. Melalui kaedah ini, pemilik landing page tersebut telah mendapatkan database mereka yang berminat untuk menjadi agen atau dropship produk tudung.
Tidak seperti halaman website yang biasanya mempunyai banyak produk dan mendorong untuk pengunjung bernavigasi, landing page dirancang dengan fokus atau tujuan tunggal yang dikenali sebagai Call-To-Action (CTA).
Fokus inilah yang menjadikan landing page sebagai salah satu teknik terbaik untuk meningkatkan conversion rate sesebuah campaign marketing di samping menurunkan kos untuk memperoleh leads atau sales. Berikut adalah funnel landing page dalam digital marketing :
Seperti yang diterangkan di dalam gambaran di atas, traffik pada bahagian atas funnel yang mengklik pada pautan di dalam emel marketing atau iklan yang dijalankan di platform media sosial akan dibawa masuk ke dalam landing page.
Di sini trafik tersebut akan diberikan maklumat tawaran produk dengan menggunakan copywritting dan reka bentuk yang menarik dan memudahkan pengunjung. Di samping itu, database prospek juga dapat ditapis melalui landing page melalui penggunaan Opt-in Form seterusnya membantu pemilik landing page tersebut untuk menggunakan kaedah retargeting yang berfokus hanya kepada prospek yang pernah memberi database mereka melalui landing page tersebut.
Berikut merupakan salah satu contoh perbezaan antara landing page dan homepage. Perbezaan yang paling ketara yang boleh dilihat adalah homepage akan mempunyai banyak produk yang membawa kepada pautan yang berbeza manakala landing page pula hanya memiliki SATU(1) produk dan pautan lazimnya akan membawa kepada checkout page.
Landing page biasanya akan memiliki hanya 1 produk yang berfokus. Dengan berfokus hanya kepada 1 produk untuk satu landing page, trafik yang masuk ke dalam landing page tersebut secara automatik akan dilabel sebagai prospek yang berminat dengan produk berfokus tersebut.
Berlainan pula dengan homepage yang kebiasaanya akan mempunyai lebih dari 2 produk, prospek yang masuk ke homepage sesebuah website belum tentu berminat dengan produk yang dijual di dalam website tersebut. Tambahan pula, mereka perlu bernavigasi di dalam website terlebih dahulu sebelum mereka memutuskan produk pilihan mereka.
Sebelum anda runsing mencari tools atau software untuk membina Landing page, terdapat beberapa langkah awal yang harus dititikberatkan seperti :
Setelah selesai semua langkah tersebut, anda kini boleh mula membina sebuah landing page untuk bisnes anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan beberapa tools atau software yang popular seperti WordPress, Wix, Leadpages, Click Funnels dan sebagainya ataupun anda boleh mengupah mana-mana agensi web untuk membina landing page yang anda inginkan.
TEMPAH LAMAN WEB PERIBADI / LANDING PAGE / WEB JUALAN
Laman web / PORTAL LAMAN WEB BEBAS IKLAN DIRASMIKAN PADA 12/12/22 UNTUK LIMA TAHUN YANG PERTAMA Web Wang cepat ini dibangunkan untuk para peniaga yang nak online kan perniagaan mereka , Apa yang perlu dilakukan hanya daftar percuma kemudian aktifkan id dengan bayaran sekali seumur hidup [
![]() |
![]() |