Sangat baik untuk penghidap diabetes kerana asid klorogenik antioksidannya mengekalkan paras gula dalam darah di tahap normal jika sering diamal pengambilannya. Daun moringa mengandungi Vitamin C yang telah terbukti dapat mengurangkan gula darah dan tekanan darah pada pesakit diabetes jenis 2.
MembantuMengurangkanGejalaKencingManis.
Kajian membuktikan terdapat kesan positif terhadap kadar gula darah dan penurunan kolesterol tertentu dengan pengambilan daun moringa. Ini menjadikannya penting untuk pesakit kencing manis atau orang yang berisiko menghidap diabetes mengamalkan teh moringa. Dengan mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, peluang anda untuk menghidap diabetes menjadi kurang. Selain itu asid klorogenik dalam teh moringa boleh membantu memberikan perlindungan semula jadi terhadap diabetes.
MembantuSistemPencernaan.
Sifat anti-radang teh ini berpotensi menjadikannya sesuai untuk melegakan sakit perut, meredakan masalah cirit-birit dan gejala sembelit. Teh moringa baik untuk meningkatkan kesihatan gastro usus.
MembantuMenurunkanBeratBadan.
Teh Moringa yang sangat kaya dengan nutrien berupaya membantu meningkatkan metabolism dan membakar kalori. Ia digalak ambil oleh orang yang ingin kuruskan badan.
TingkatkanKesihatanJantung.
Kandungan potassium yang ketara dalam daun moringa boleh menjadikan teh ini sumber yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah. Ia dapat mengurangkan resiko kepada kesihatan jantung akibat tekanan darah diluar kawalan.
BertindakSebagaiPerangsangTenaga.
Minuman teh moringa bebas kafe in ini boleh memberi anda rangsangan tenaga. Teh Moringa dapat meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
TingkatkanSistemImun.
Tahap asid askorbik dan antioksidan lain yang tinggi boleh menjadikan teh ini sebagai agen perlindungan yang sangat baik terhadap gejala flu dan selesema biasa.
MeningkatkanKesihatanMata.
Disebabkan paras antioksidannya yang tinggi, teh Moringa mempunyai beberapa faedah dalam meningkatkan penglihatan dan kesihatan mata.
MembantuMenyembuhkanLuka dan Kesakitan.
Teh anti-radang dari daun moringa boleh menjadi merupakan pilihan terbaik untuk mengurangkan keradangan di seluruh badan, melegakan kesakitan, sakit perut, perut memulai, sakit kepala dan juga demam.
CARABUATTEHMORINGA(DIY)
1. Ambil daun moringa yang segar dan hijau muda di bahagian pucuk. Rendam dalam air beberapa minit dan bersihkan. Jemur untuk keringkan. Elakkan jemur dibawah terik matahari untuk elak khasiatnya terjejas. Daun yang kering itu perlu ditumbuk atau kisar menjadi serbuk dan disimpan di tempat sejuk. Kemudian bolehlah diambil satu atau 2 sudu teh, dimasukkan ke dalam 1 gelas air panas. Biarkan seketika sebelum di minum. Boleh dicampur madu jika suka dan inginkan rasa manis.
2. Pilihan kedua ialah dengan merebus beberapa helai daun moringa muda yang telah di keringkan seperti (1) di atas dalam 1 liter air selama 5 minit. Selepas itu tapiskan airnya dan diminum.
3. Cara ketiga ialah membuat jus daun moringa. Ambil 4 atau 5 helai daun moringa segar dan muda. Cuci sampai bersih. Kemudian blender hingga halus daun tersebut bersama 1 sudu makan madu dan 250 ml air. Akhir sekali tapiskan airnya dan terus diminum. Boleh suaikan jumlah madu ikut citarasa sendiri.
Jika anda malas atau kesuntukan waktu untuk menyediakan bahan bahan bagi membuat minuman teh moringa, boleh dapatkan terus teh moringa di pasaran khususnya Teh Moringa Masala yang tidak hanya sedap malah amat berkhasiat. Moringa Masala Tea ini terhasil dari teknologi pemprosesan terkini hasil usaha Dr Noordin Darus tahun 2024 ini.