Kebaikan dan manfaat moringa amat banyak. Secara tradisi moringa digunakan sebagai ubat untuk rawat kencing manis, keradangan yang berpanjangan, jangkitan bakteria, virus dan kulat, sakit sendi, kesihatan jantung dan kanser.
Moringa mempunyai banyak vitamin dan mineral penting. Daunnya mempunyai 7 kali lebih banyak vitamin C daripada oren dan 15 kali lebih banyak kalium daripada pisang. Ia juga mempunyai kalsium, protein, zat besi, dan asid amino yang membantu badan anda menyembuh dan membina otot.
Moringa juga padat dengan antioksidan iaitu bahan yang boleh melindungi sel daripada kerosakan dan boleh meningkatkan sistem imun anda. Terdapat beberapa bukti bahawa sesetengah antioksidan ini boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan lemak dalam darah dan badan.
Dari segi sejarah dan kebaikan, pegaga atau gotu kola juga telah digunakan untuk merawat sifilis, hepatitis, ulser perut, keletihan mental, epilepsi, cirit-birit, demam, dan asma. Pada masa kini, di A.S. dan Eropah gotu kola paling kerap digunakan untuk merawat vena varikos dan kekurangan vena yang kronik, keadaan di mana darah berkumpul di kaki. Ia juga digunakan dalam salap untuk merawat psoriasis dan membantu menyembuhkan luka kecil. Gotu kola juga digunakan dalam masalah kebimbangan melampau (anxiety), skleroderma dan insomnia.
Kombinasi khasiat kedua-dua moringa dan pegaga di dalam DND Moringa Plus keluaran Dr Nordin Darus pastinya menjadi superfood yang ditunggu ramai. Menurut Dr Nordin Darus, DND Moringa Plus yang dihasilkan beliau paling baik untuk masalah kesihatan kronik seperti penyakit tiga serangkai, merangkumi sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi dan lain lain masalah kesihatan berkaitan dengannya.
TESTIMONI PENGGUNA MORINGA PLUS DND
Berikut adalah antara testimoni Moringa Plus Dr Noordin Darus hasil feedback pengguna terawal suplemen berasaskan daun kelor dan pegaga ini.