KESAN SAMPINGAN SANITARY PAD BOLEH SEBABKAN KANSER|PRO DAN KONTRA

Category
Wanita
Brand

Haid atau menstruation bukanlah satu topik yang sering diperkatakan, namun ia adalah subjek yang penting bagi setiap wanita yang datang bulan.

Ketika anda memakai pad, anda akan menekannya pada badan khususnya kulit di sekitar kawasan vagina anda, paling kurang 5 hari setiap bulan. Kulit di sekeliling kawasan ini sangat telap. Bahan di dalam pad yang sentiasa bersentuhan dengan kulit anda akan diserap ke dalam aliran darah dan diedarkan ke seluruh badan anda.

Sanitari pad pakai buang mengandungi bahan tertentu yang anda pasti tidak mahu ia berhampiran dan melekat di sekitar faraj anda. Bahan bahan ini ada yang boleh menyebabkan kesan sampingan dan memudaratkan kesihatan. Ini berdasarkan feedback awam dimana ramai wanita melaporkan kehadiran darah haid yang lebih banyak diiringi senggugut yang lebih teruk. Lama kelamaan situasi begini boleh membawa kepada penyakit utama seperti kanser.
 

RISIKO MEMAKAI SANITARY PAD BIASA

Kebanyakan tuala wanita di pasaran mengandungi 5 bahan utama yang boleh memberi kesan sampingan dan menjejaskan kesihatan pemakai khususnya dalam tempoh jangka panjang. 5 komponen tersebut adalah:

DIOKSIN

W​​​arna pad wanita bukan putih tulen secara semulajadi. Realitinya gentian yang diguna pakai  dalam pad telah diluntur dengan klorin untuk memberikan penampilan yang bersih dan steril. Proses pelunturan inilah menghasilkan dioksin, bahan pencemar yang sangat toksik.

Ramai mungkin berfikir bahawa paras dioksin dalam tuala wanita adalah agak rendah dan tidak mendatangkan sebarang bahaya. Walau bagaimanapun dioksin ini akan terkumpul dalam simpanan lemak tubuh sedikit demi sndikit dan dari masa ke masa. Ia boleh kekal di sana sehingga 20 tahun. Pendedahan kepada dioksin yang berterusan ini boleh menyebabkan penyakit radang pelvis, disfungsi hormon, endometriosis, dan cenderung menyebabkan pelbagai bentuk kanser.

RAYON

Selain daripada kapas, rayon (gentian sintetik yang diperoleh daripada pulpa kayu) juga digunakan dalam pembuatan tuala wanita. Rayon lebih murah daripada kapas dan ia membantu meningkatkan kapasiti penyerapan pad. Tetapi ia juga mengandungi dioksin daripada proses pelunturan penghasilannya.

RACUN PEROSAK

Kapas yang ditanam secara konvensional kemunkinan besar telah disembur dengan racun perosak. Bahan kimia yang digunakan ini boleh kekal lama pada kapas selepas ia dituai. Kesan sampingan dari pendedahan kepada kimia tersebut termasuklah menyebabkan ketidaksuburan, gangguan hormon, kerosakan tiroid, diabetes, endometriosis serta kemurungan.

PLASTIK

Pengeluar dan pembekal tuala wanita sering mengiklankan produk mereka sebagai 'kalis bocor', dengan lapisan plastik tidak telap di bahagian bawah pad yang tidak membenarkan cecair atau udara melaluinya. Lapisan plastik itu sebenarnya turut berfungsi memerangkap kelembapan dan haba, lalu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan yis dan bakteria. Ia juga boleh menyebabkan individu yang sensitif mengalami rasa terbakar, melecet dan sakit.

WANGIAN

Pad sanitari kebanyakannya wangi dengan peneutral bau atru pewangi tiruan lain yang mengandungi gabungan bahan kimia yang tidak diketahui sumbernya. Bahan kimia ini boleh memasuki aliran darah dan menyebabkan kesan sampingan. Ia juga merengsakan permukaan kulit, menyebabkan alahan dan tindak balas.

Persoalannya apakah semua bahan-bahan yang dinyatakan terkandung dalam pembuatan pad wanita itu benar benar boleh menyebabkan resiko kanser ginekologi di kalangan wanita?. 

Satu kajian di Jepun menganggarkan, wanita terdedah dengan dioxin dalam pad sanitasi adalah sangat rendah berbanding kriteria berbahaya yang digariskan oleh piawaian standard antarabangsa.

Hasil penyelidikan yang sama juga menganggarkan, kaum Hawa yang terdedah dengan dioxin cuma antara 0.000024 hingga 0.00042 kilogram. Berdasarkan rekod, paras bahaya dioxin daripada tuala wanita yang minimum adalah 0.7 kilogram.

Angka itu jelas menunjukkan, peratusan itu adalah kecil untuk seseorang itu berada dalam kondisi bahaya bila menggunakan tuala wanita biasa. Namun kemungkinan ke arah itu tetap ada. 

Secara umum kebanyakan tuala wanita di pasaran Malaysia selamat digunakan, tetapi ia masih mengandungi bahan kimia berbahaya yang tidak bagus untuk badan kita. Jadi pilihan terbaik adalah beralih kepada produk tuala wanita bebas bahan kimia yang dijamin selamat untuk anda seperti pad organik atau tuala wanita yang berteknologi Anion seperti Anion Plus Sanitary pad yang terkini.



KESAN SAMPINGAN SANITARY PAD BOLEH SEBABKAN KANSER|PRO DAN KONTRA-https://myempiremall.com/img/Whats-App-1.gif


Web : https://websaya.biz/cybermom
Iklan dihantar oleh : Cybermom ([email protected])
No Tel : 601117682310 (Jee)






Lain Lain Iklan Kategori yang sama
Wanita

KESAN SAMPINGAN SANITARY PAD BOLEH SEBABKAN KANSER

RM 0.00
Baca Lagi

ANION PLUS DERMAGS TUALA WANITA TERBAIK|VIDEO DEMO

RM 20.00
Baca Lagi


Lain Lain Iklan Dari Kedai yang sama



Dijemput Singgah ke Kedai saya untuk melihat pelbagai produk hebat lain

RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DA-https://myempiremall.com/img/my-store.jpg
KLIK DIBAWAH KE KEDAI
Jee
RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DA-https://myempiremall.com/img/bagus.gif

PLATFORM INI SANGAT MEMBANTU SEBARKAN BISNES/PRODUK ANDA

Klik Dibawah daftar

iklan percuma daftar

×
Select Category

PRODUK(0)

BABIES(0)

KESIHATAN(72)

PERNIAGAAN RUNCIT(0)

FESYEN WANITA(0)

KECANTIKAN(8)

FESYEN LELAKI(0)

MINYAK WANGI(7)

PENDIDIKAN(6)

DERMA DAN INFAK(0)

TUDUNG(0)

ARTIKEL(9)

PEMBORONG(1)

PRODUK DIGITAL(27)

MAKANAN(5)

PERNIAGAAN(31)

KENDERAAN(3)

ELEKTRONIK(1)

SUKAN/HOBI(2)

PERCUTIAN & PELANCONGAN(1)

RUMAH & BARANG PERIBADI(4)

PEKERJAAN(0)

SERVIS(7)

HARTA BENDA(1)

LAIN-LAIN KEPERLUAN(12)


Select Negeri

SELANGOR(29)

PAHANG(8)

KELANTAN(20)

PERAK(8)

NEGERI SEMBILAN(10)

KEDAH(8)

TERENGGANU(8)

SABAH(0)

SARAWAK(0)

JOHOR(5)

MELAKA(39)

PENANG(2)

PERLIS(2)

KUALA LUMPUR(9)

PUTRAJAYA(7)

LABUAN(0)

MALAYSIA(60)

INDONESIA(3)

SINGAPORE(0)

BRUNEI(0)